transkripsi video

1)    Vokal [o] ditukar menjadi [u] , contohnya, /ɛsoʔ/ ditukar menjadi /ɛsuʔ/.

2)    Sesetengah perkataan terdapat konsonan [t] yang ditukar menjadi konsonan [n] contohnya /tukar/ menjadi /nukar/.

3)    Apabila sesuatu perkataan diakhiri dengan huruf vokal, maka huruf vokal itu akan diikuti hentian glottis ‘ʔ’. Sebutan ini mempunyai persamaan dengan dialek Sarawak.

4)    Bunyi [r] pada perkataan contohnya /dəngar/ adalah jelas (kecuali dialek Kampung Air dan dialek Kadayan).

5)    Terdapat pengguran huruf ‘h’ di tengah kata, contohnya /tahun/ menjadi /taun/.

6)    bunyi [ə] akan ditukar menjadi bunyi [a] contohnya /sədəkah/ menjadi /sadakah/.

7)    terdapat juga penggantian abjad [e] sebelum akhir kata dengan abjad [i], contohnya /bolɛh/ menjadi /bulih/. Seperti yang dapat kita lihat dalam perkataan ‘boleh’, huruf [o] selepas awal kata turut digantikan dengan huruf [u].

8) sekiranya perkataan itu mempunyai suku kata seperti [ri] ianya akan ditukar menjadi [iɛ] contohnya /hari/ menjadi /haiɛ/ dan /mari/ menjadi /maiɛ/.

1 Comment (+add yours?)

  1. athirah
    Aug 28, 2016 @ 13:23:29

    salam , saya nak tanya. buku muhammed yunus maris ni apa judulnya?

    Reply

ce komen sket :)

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site