BAB 5

BAB 5

KESIMPULAN

Menerusi kajian ini, kita dapat lihat bahawa terdapat perbezaan antara Bahasa Brunei dan Bahasa Melayu Standard terutama aspek fonetik iaitu sebutan. Bahasa Melayu Brunei khusus digunakan di Bandar Seri Begawan dan sekitarnya, di daerah Brunei Muara, di kawasan pinggir pinggir pantai dan sepanjang aliran sungai Brunei. Kaum terpelajar, baik dari kalangan anak muda mahupun yang sudah berusia lanjut menggunakan bahasa ini untuk berkomunikasi, khususnya apabila mereka berasal dari dialek atau bahasa yang berbeza mitra tutur. Semua lapisan umur boleh menggunakannya dalam bertutur. Selain berbahasa Melayu Brunei, para penuturnya dapat menggunakan bahasa Melayu Baku.

Vokal [ə] tidak terdapat dalam bahasa Melayu Brunei, biasanya fonem /ə/ dalam bahasa Melayu Standard berkorespondensi dengan fonem /ə/ dalam bahasa Melayu dialek Brunei dengan semua varian-variannya. Dengan demikian, dalam bahasa Melayu Brunei hanya terdapat tiga fonem vokal iaitu /i,u/ dan /a/.

Untuk konsonan, bahasa Melayu dialek Brunei hanya menggunakan 18 konsonan, atau kurang satu dari jumlah konsonan yang digunakan oleh bahasa Melayu Standard. Pada umumnya glotal tidak ditemukan dalam bahasa Melayu dialek Brunei. (Chuchu, 2003).

Sebagai saranan untuk kajian akan datang, diharap pengkaji dapat mengkaji dari sudut Semantik, Sintaksis mahupun Morfologi kerana kajian dari sudut sedemikian turut kurang dikaji dan ianya merupakan sesuatu yang sangat menarik dan unik kerana ianya berbeza dengan bahasa Melayu Standard. Ianya juga lebih menyeronokkan seandainya pengkaji membuat kajian lapangan dan ke Brunei sendiri bagi mengumpul maklumat.

1 Comment (+add yours?)

  1. Ihsan
    Aug 01, 2015 @ 16:48:53

    Lebih kukuh lagi jika dinyatakan bibliografi dan bahan-bahan rujukan yang digunakan dalam kajian ini. Saya rasa ini bukanlah satu kajian yang terbaru, jika encik dapat mengakses kajian-kajian yang sudah dilakukan oleh para linguis Brunei. Selain itu, bahan data yang digunakan di dalam kajian ini tidak akan dapat menjawab secara keseluruhan penyataan masalah yang ingin diketahui, kerana terdapatnya ketidakjelasan dalam penggunaan sumber data, sama ada yang hendak dikaji adalah bahasa Melayu Brunei yang ada di Brunei Muara, ataupun hanya berfokus terhadap bahasa Melayu Kedayan? Di Brunei, terdapat dialek-dialek Melayu Brunei, pecahan yang banyak ini saya rasa akan memberikan kesan falasi terhadap hasil yang didapati. Tetapi apa yang dinyatakan dalam kajian ini tidak ada salahnya, cuma kurangnya perwajaran dan pengukuhan, serta penjelasan.

    Saya faham ini bukan satu kajian yang berat, dan hanya bertujuan bagi melengkapi kursus yang ada. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita membuatnya dengan teliti dan kemas yang boleh mencerminkan kesungguhan dalam memberikan sumbangan terhadap dunia pengkajian Linguistik.

    Salam dari Linguis Brunei

    Reply

ce komen sket :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site

Bahasa dan Teknologi Maklumat

-Solely for education-

%d bloggers like this: