BAB 3

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi penyelidikan merupakan  cara yang dilakukan oleh pengkaji untuk mendapatkan data dalam sesuatu kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah menganalisis salah satu video yang dimuat naik di Youtube dan  menemubual seorang respondan untuk mendapatkan data yang ingin dikaji. Metodologi dalam kajian ini mengambil kira teori pembelajaran bahasa, pemilihan alat kajian, penetapan, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji mengenai perbandingan antara Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard.

3.2 Pemilihan alat kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa alat kajian telah digunakan bagi menghasilkan suatu kajian yang sempurna. Antaranya ialah, Temu bual, Penganalisisan video di ‘Youtube’, perbandingan sebutan Bahasa Brunei dan Bahasa Melayu standard. Oleh kerana faktor jarak yang terlalu jauh untuk ke kawasan lapangan, pengkaji terpaksa menemubual respondan dengan berinteraksi di aplikasi ‘whatsapp’. Respondan merupakan penutur jati Bahasa Melayu Brunei, beliau berusia 21 tahun dan menetap di Bandar Seri Begawan. Namun begitu, ianya tidak menghalang pengkaji untuk mendapatkan maklumat dalam mengumpul data. Selain itu, pengkaji menggunakan perisian ‘Freemake video converter’ untuk menukarkan video kepada audio sahaja. Seterusnya penggunaan perisian ‘Souncloud’ untuk memuatnaik data berbentuk audio di wordpress. Disamping itu, pengkaji juga menggunakan perisian Antconc untuk mendapatkan kekerapan sesuatu data.

3.3. Prosedur pengumpulan data

Data dikumpul melalui cara penganalisisan video di Youtube, menemubual respondan untuk membincangkan tentang video tersebut dan seterusnya membuat perbandingan antara Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard.Rakaman suara  atau audio yang telah siap diedit akan ditranskripsikan  ke dalam bentuk teks. Hasil transkripsi teks akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Teks tersebut  kemudiannya akan dimasukkan dalam Antconc untuk mengenal pasti perkataan yang ingin dikaji.

3.4 Prosedur analisis data

Pengkaji menonton satu video yang dimuatnaik di ‘Youtube’ untuk mendengar sebutan-sebutan Bahasa Melayu Brunei. Sewaktu menonton video tersebut, pengkaji mendapati ada beberapa perkataan yang kurang difahami pengertiannya. Oleh itu, pengkaji menemubual seorang respondan iaitu kenalannya untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai video tersebut. Seterusnya pengkaji membuat analisis transkripsi fonetik mengenai video tersebut dan membuat perbandingan dengan Bahasa Melayu Standard.

data=VLHX1wd2Cgu8wR6jwyh-km8JBWAkEzU4,fhKSvJgmeAQspXBF5DaYe7xEZmn559_tI_YEK1OW01FaTXw-sZVLcH6KiOj8Xpqo6cumw8COl-j7ypORc1cYiSw42R0KiL4JARR4HyxZKlWGXMxYdvj1l8A2yDXNKMcOgHx9PJDG7gOdi6L-xMVAMMshpTzDaicWCF40FctUMkNRQ2Zsl6fTdsXg

3.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, metod yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah-kaedah yang bersesuaian supaya hasil yang sahih diperolehi. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji mampu untuk menghasilkan hasil kajian yang relevan dan menepati objektif kajian.

ce komen sket :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site

Bahasa dan Teknologi Maklumat

-Solely for education-

%d bloggers like this: