BAB 2

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menunjukkan seberapa banyak kajian-kajian lepas mengenai tajuk yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan iaitu perbandingan sebutan Bahasa Melayu Standard dan Bahasa Melayu Brunei.

2.2 Kajian umum

Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”.

Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.

A.A. Fokker menghasilkan bukunya berjudul Malay Phonetics pada tahun 1895. Buku ini memerihalkan sistem fonetik bahasa Melayu.

Menurut catatan di bahagian pengenalan buku The Malay Sound System telah dihasilkan oleh Muhammad Yunus Maris, pengajaran ilmu ini diajarkan oleh beliau sehingga tahun 1962. Bidang ini turut juga diajarkan oleh beberapa tenaga pengajar lain yang mendapat latihan dari jabatan Linguistik, Universiti London. Mereka adalah Fatimah Hamidon, Asiah Abu Samah dan Muhammad Yunus Maris sendiri.
Menyorot perkembangan ilmu ini sejak dari awalnya, ternyata bidang ini mula disebut oleh Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Za’ba seperti yang dimaklumi walaupun tidak mendapat pendidikan rasmi dalam bidang ilmu ini, telah menghasilkan penulisan ilmu yang ternyata selari dengan apa yang dibicarakan semasa itu di luar negara.

Peringkat awal kajian yang berlangsung di Malaysia yang dilakukan oleh Nik Safiah Karim (1975) ini merupakan kajian tesis sarjana di Universiti Malaya yang berjudul Loghat Kelantan: Satu Cherakinan Kajibunyi Bahasa. Kajian ini menyentuh dua perkara iaitu aspek bunyi vokal, konsonan dan diftong serta bentuk suku kata, ciri-ciri prosidi dan pola intonasi dalam dialek Kelantan. Ciri-ciri prosidi yang dibuncangkan dalam tesis ini adalah tekanan, nada dan tempo panjang-pendek. Tumpuan ciri tekanan yang dibincangkan adalah tekanan keras dan yang paling keras, tekanan lembut dan paling lembut. Fitur nada pula dikaitkan dengan perasaan marah, suka, terperanjat, dan sebagainya. Kesemua ciri ini dikatakan tidak menjadi pembeza makna dasar sesuatu perkataan, tetapi hanya berfungsi sebagai makna dasar sesuatu sebutan. Menurut kajian beliau lagi, ketiga-tiga ciri ini dimiliki oleh dialek Kelantan.

Kajian yang sama dilakukan dalam latihan ilmiah Hashim Musa (1971) Pengantar Chiri-chiri Sendi dan Intonasi serta Pengwujudan Chiri-chiri itu di dalam dialek Kelantan yang dituturkan di Pasir Mas. Peralatan yang digunakan bagi menganalisis adalah pita rakaman dan alat perakam sahaja. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa pola intonasi mempunya pelbagai kontur yang boleh diaplikasikan kepada jenis ayat. Walaubagaimanapun, terdapat kecenderungan tertentu dalam pemilihan pola yang digunakan. Dalam kajian ini Hashim Musa menyentuh aspek emosi, walaupun perlabelan yang dilakukan agak sukar diabsahkan kerana tiada ujian persepsi yang dilakukan.

Farid M.Onn (1980) dalam tesisnya membincangkan aspek sinkronik fonologi dan morfologi dialek Johor. Kajian beliau mempunyai dua objektif. Pertama, beliau mencuba mendeskripsi variasi fonologi dan morfologi terpilih yang ditemui dalam bahasa, dan menjadikan pendekripsian tersebut sebagai penerangan kepada proses fonologi dan morfologi bahasa Melayu. Kedua, beliau menghujahkan tentang perbezaan taraf antara peraturan yang wujud dalam fonologi dan morfologi. Farid M. Onn menggunakan kerangka kajian fonologi generatif yang dihasilkan oleh Chomsky dan Halle (1968) seperti yang terdapat dalam buku The Sound Pattern of English (SPE). Pada tahun 1988, Zaharani Ahmad menghasilkan tesisnya yang berjudul The Phonology and Morfologi of the Perak Dialek. Teoh Book Seong pula menghasilkan bukunya The Malay Sound System Revisited pada tahun 1994. Buku ini membincangkan analisis fonologi bahasa Melayu.

Beberapa kajian peringkat kedoktoran tentang bidang fonetik dan fonologi juga dihasilkan di Malaysia. Antaranya termasuk kajian Zuraidah Md. Dom (1996) yang meneliti aspek kelangsingan, kelantangan, tempo dan jeda dalam bidang prosidi bahasa Melayu. Kemudian, kajian oleh Indrawati Zahid (2003) di Universiti Malaya pula meneliti pola intonasi dan makna emosinya dalam bahasa Melayu. Tesisnya berjudul Kajian Intonasi Fonetik Eksperimental; Realisasi Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2.
Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Paiton M. Chaiyanara (2005) dianggap melengkapkan buku-buku fonetik dan fonologi yang sedia dalam bahasa Melayu. Selain itu, buku Asas Fonetik yang diusahakan oleh Nor Hashimah Jalaludin pada tahun 2007 menambahkan rujukan bagi kajian tentang fonetik di Malaysia. Umumnya, kajian tentang bidang fonetik dan fonologi didapati masih kurang berbanding dengan bidang kajian lain di Malaysia.

2.3 Kesimpulan

kajian-kajian lepas dilihat sempurna namun begitu, ianya sedikit sebanyak telah memberi idea kepada pengkaji untuk membuat satu kajian dari perspektif yang belum lagi diterokai oleh mana-mana pengkaji seterusnya dapat memberi nilai tambah kepada kajian-kajian lepas.

ce komen sket :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site

Bahasa dan Teknologi Maklumat

-Solely for education-

%d bloggers like this: