BAB 1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

 Kajian ini melibatkan kajian dari aspek sebutan atau lebih tepat lagi disebut Fonologi iaitu kajian mengenai bunyi bahasa yang mana kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu-Brunei digunakan sebagai bahasa perantaraan oleh orang-orang Melayu berketurunan Brunei yang bermastautin di negara Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan, dan sesetengah tempat di negeri Sabah dan Sarawak yang berdekatan dengan Brunei.

Jika dibandingkan Bahasa Melayu yang terdapat di Semenanjung, dengan Bahasa Melayu Brunei terdapat perbezaan yang ketara daripada segi sebutan atau telor percakapan, malahan, Bahasa Melayu Brunei juga mempunyai istilah sendiri yang berbeza dengan Bahasa Melayu.

 Bentuk muka bumi di Pulau Borneo yang bergunung-ganang telah menghalang penyebaran dialek Melayu-Brunei ke luar sempadan negaranya. Disebabkan itu, dialek Melayu-Brunei hanya mempunyai sebuah pusat penyebaran dan perkembangannya, iaitu Bandar Seri Begawan. Wilayah Persekutuan Labuan tidak dikira sebagai pusat penyebaran dialek Melayu-Brunei di luar negara disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, kedudukan pulau tersebut yang terlalu hampir dengan Brunei selain berlakunya penyebaran bahasa Kedayan di situ kerana lokasi W.P Labuan juga berdekatan dengan negeri Sabah.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah mengenai perbezaan sebutan Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard. Pengkaji ingin mengetahui secara lebih terperinci mengenai perbezaan yang melibatkan aspek Fonologi antara Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard. Kedua-dua Bahasa Melayu ini mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri dan dapat menarik pengkaji untuk mengetahuinya lebih lanjut. Bahasa Melayu Brunei mempunyai bnyk persamaan dgn bahasa melayu, cuma terdapat berberapa perbezaan yang ketara dalam sebutan.

1.3 Soalan Kajian

  1. Apakah perbezaan di antara Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard?
  2. Apakah sistem bunyi yang Bahasa Melayu Brunei gunakan?
  3. Berapakah jumlah fonem yang terlibat dalam Bahasa Melayu Brunei?
  4. Benarkah sistem bunyi dalam Bahasa Melayu Brunei dikatakan agak terpengaruh dengan sebutan jawi?
  5. Apakah persamaan Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard?

1.4 Objektif Kajian

  1. Untuk Mengenal pasti perbezaan bunyi bahasa yang dituturkan oleh penutur Bahasa Melayu Brunei dengan Bahasa Melayu standard.
  2. Untuk mengetahui cara sebutan yang betul dalam Bahasa Melayu Brunei.
  3. Untuk mengetahui sistem bunyi yang digunakan oleh penutur Bahasa Melayu Brunei.
  4. Untuk mengetahui jumlah fonem yang digunakan dalam Bahas Melayu Brunei.
  5. Untuk mengenal pasti persamaan antara Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard.

1.5 Skop Kajian

Oleh kerana faktor jarak, masa dan kos yang agak tinggi diperlukan untuk ke kawasan kajian, Kajian ini hanya dilakukan menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube. Pengkaji juga membuat tinjauan menerusi beberapa laman sesawang yang berkaitan sepanjang kajian dilakukan. Selain itu, pengkaji turut berhubung dengan kenalan yang berasal dari Brunei untuk bertanya lebih terperinci. Di zaman teknologi serba canggih dan moden ini, tidaklah menjadi masalah untuk pengkaji itu membuat kajian walaupun tidak berpeluang ke kawasan kajian. Pengkaji sempat menemu bual kenalan dari Brunei yang datang ke Malaysia atas urusan tertentu.

1.6 Kesimpulan

Kajian ini akan membongkarkan perbandingan antara Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard dari sudut persamaan dan perbezaan aspek Fonologi.

ce komen sket :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site

Bahasa dan Teknologi Maklumat

-Solely for education-

%d bloggers like this: