Blog

WordPress diperkenalkan kepada pelajar-pelajar LINGUISTIK dan juga ELS bagi memenuhi keperluan pembelajaran dalam subjek Bahasa dan Teknologi Maklumat (SKBP 1023). Para pelajar hendaklah membuat sebuah akaun wordpress setiap orang bagi mengikuti pembelajaran ini. Pelajar akan didedahkan cara penggunaan dan perlu mengaplikasikan perisian-perisian yang digunakan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Ringkasnya, WordPress tempat pelajar uruskan blog sebagaimana blogspot. Boleh update entri, letak gambar, letak theme, widget atau plugin dan sebagainya di dalam WordPress.

kelebihan blogging menggunakan WordPress:

  • Pengurusan Admin Panel Lebih Teratur dan Efektif

Admin panel WordPress mempunyai pelbagai fungsi dan setting seperti teknikal setting,plugins,theme,comment,media iaitu gambar,lagu atau video,kategori,menus serta pengurusan posts. Setiap satu diasingkan mengikut bahagiannya dan pengurusan lebih teratur serta efisyen. Pilihan ( option ) didalam setting setiap bahagian itu juga lebih terperinci,privasi dan pengawalan sepenuhnya oleh tuan blog sendiri.

  • Theme Cantik,Loading Pantas dan Mudah Diedit

Theme WordPress dibangunkan dengan skrip CSS dan PHP berbanding HTML di Blogger.  Saya tak arif tentang berbezaan programming language ini tetapi yang saya perasan penggunaan CSS dan PHP memberikan lebih kepantasan serta paparan lebih menarik berbanding HTML.Nak edit theme WordPress lebih mudah kerana setiap satu fail seperti header,footer,comment,funtion diasingkan dalam fail berlainan berbeza pula dengan Blogger yang mana semua code dalam satu fail.

  • Mesra Search Engine Optimization ( SEO )

WordPress mempunyai bahagian plugins iaitu pemasangan alat tambahan bagi modifikasi fail WordPress ataupun secara bahasa tak rasminya plugin ialah widget.Penggunaan plugin dan theme sebegini membantu dan memudahkan blog dicari melalui search engine.

  • Kelebihan dan Ruangan Komen Menarik

Kelebihan ruangan komen di WordPress membolehkan kita tahu email dan alamat IP orang yang memberikan komen. Boleh setting di bahagian discussion. Selain itu sudah tersedia threaded comment yang mana boleh balas ( reply ) komen yang sedia ada tanpa perlu memasang atau mengubahsuai kod. Tak silap threaded comment ni wujud selepas WordPress 3.0 dilancarkan tahun lepas.

–> Walaupun wordpress ini mempunyai kelebihan tersendiri, para pelajar tidak dibenarkan memperakukan blog mereka secara santai ataupun tidak formal kerana blog ini ditubuhkan bertujuan untuk akademik.

sumber maklumathttp://www.izwanyusof.com/apakah-itu-wordpress-dan-5-kelebihan-blogging-dengan-wordpress/

ce komen sket :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site

Bahasa dan Teknologi Maklumat

-Solely for education-

%d bloggers like this: