Analisis Kata

1.0   Pengenalan

Projek ini ialah projek untuk menganalis aspek pembentukan kata

2.0   Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk menguji kemampuan pelajar untuk:

1. menjadikan transkripsi teks perbualan ke dalam format .txt dengan menggunakan perisian notepad
2. menggunakan perisian AntConc untuk menganalisis kata berdasarkan fail .txt tersebut
3. merujuk hukum pembentukan kata bahasa Melayu standard untuk membuat perbandingan dengan dialek/bahasa yang dikaji
4. melaporkan dapatan kajian

3.0   Dapatan Kajian 

Berdasarkan perisian Antconc, beberapa perkataan telah didapati mempunyai kekerapan yang agak sering digunakan dalam sajak “AKU DOK TAU STARANG BARAH”. Berikut adalah perkataan tersebut :

                                                                                    analisis kata

  1. bakpe > kata ‘bakpe’ merupakan kata tanya yang mambawa erti kenapa. kata ini kebiasaannya tidak digunakan dalam situasi formal kerana ianya merupakan dialek negeri Terengganu. Selain itu, kata ini digunakan secara meluas bagi rakyat negeri Terengganu kerana kata ini sahaja yang membawa maksud kenapa dalam dialek ini.
  2. setarang barah/ hame > kata ‘setarang barah/hame’ merupakan kata penguat bagi kata tidak tahu (dok tau). Dalam dialek terengganu, kebanyakkan kata mempunyai kata penguat tersendiri contoh,  dok tau starang barah/hame yang bermaksud, tidak tahu langsung. Contoh lain,hitam legang, putih lepuk, gemok debok, kata debok tu kata penguat untuk menerangkan yang keadaan gemuk sangat-sangat itu.
  3. ugeh > kata ‘ugeh’ merupakan kata kerja. Ugeh merupakan perbuatan menggoyangkan sesuatu misalnya pokok. Kata ini tidak lah digunakan secara meluas, kerana terdapat sesetangah tempat, tidak menggunakan kata ini. Kebiasaannya orang-orang tua gemar menggunakan kata ini.
  4. [bukok] > kata ‘bukok’ merupakan kata kerja yang membawa erti perbuatan bergaduh/bertumbuk. Hanya di daerah Kuala Berang sahaja kata ini bermaksud sedemikian manakala di daerah- daerah di Terengganu yang lain, kata bukok ini bermaksud buka sesuatu. contohnya bukok pintu,tingkap dan sebagainya.
  5. [unja] > kata ‘unja’ merujuk kepada kata kerja yang menunjukkan perbuatan menyepak. kata ini tidak sesuai digunakan dalam situasi formal kerana ianya lebih kepada keadaan santai dan biasa digunakan oleh orang-orang tua.
  6. [rike] > kata ‘rike’ merupakan kata kerja yang merujuk kepada keadaan benda terpelanting. kata ini hanya diguna pakai oleh penduduk di daerah Kuala Berang. Namun begitu, hanya sesetengah penduduk sahaja yang mahir dengan kata ini kerana generasi baru ini sudah tidak menggunakan kata ini.
  7. [reyok] > kata ‘reyok’ ialah kata sifat bagi sesuatu keadaan iaitu senget. kata ini agak biasa digunakan oleh rakyat di Terengganu. kata ini turut diguna pakai oleh rakyat di Kelantan. Kata ini tidak diguna dalam bahasa-bahasa formal kerana ianya merupakan dialek setempat.
  8. [datah] > kata ‘datah’ ialah kata preposisi yang menunjukkan keadaan di atas. kata ini sudah biasa digunakan oleh semua rakyat Terengganu.
  9. [ecer]> kata ‘ecer’ ialah kata kerja yang menunjukkan perbuatan mengagihkan. kata ini berkemungkinan hanya digunakan oleh penduduk di daerah Kuala Berang. Kata ini kurang luas penggunaannya. Kata ini tidak digunakan dalam situasi yang formal.
  10. [gahar] > kata ‘gahar’ ialah kata kerja yang menerangkan perbuatan mengosok atau menyental sesuatu permukaan. Kata ini sering juga digunakan di merata-rata tempat di dalam negeri Terengganu.

ce komen sket :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Foreign Language Learning with Zul

Anybody can learn a new language

zoltarde

Just another WordPress.com site

Bahasa dan Teknologi Maklumat

-Solely for education-

%d bloggers like this: